Labels

KAEDAH MENGAJAR (11) CORET-CORET (10) SENI BAHASA (6) VIDEO CLIP (4)
Showing posts with label SENI BAHASA. Show all posts
Showing posts with label SENI BAHASA. Show all posts

Saturday, 3 December 2011

 SELOKA

  • Seloka ialah puisi tradisional Melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama ataupun tidak. 
  • Antara ciri seloka adalah mengejek, menyindir secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun sekelompok masyarakat.
  •  seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka.
  •  Kata seloka berasal dari bahasa Sanskrit iaitu ‘Sloka’. 
  • Seloka kebiasaannya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.
Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk.

Gurindam 
  • merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam.
  • Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme).
  •  Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea.

  • Bentuk yang tidak terikat dan tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.

 Gurindam Nasihat

Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.

Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.

Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat onar.

SYAIR

CIRI-CIRI SYAIR

  • Tiada pembayang maksud.
  • semua baris merupakan maksud syair.
  • bunyi hujung setiap baris adalah sama.
  • setiap baris  biasanya mempunyai antara 10 hingga 12 suku kata.

"PERJUANGAN MENEBUS KEDAULATAN"

Dengarlah tuan saya bercerita,
Datuk Bahaman yang kita cinta,
Mengorbankan diri dan juga harta,
Bagi melihat peribumi bertakhta.

Duka nestapa tidak terkira,
Melihat pusara sanak-saudara,
Penjajah durjana punya angkara,
Tanpa sedikit sifat manusia.

Di hati tuan telah terpahat,
Hendak digembleng segala kudrat,
Segala senjata terus diangkat,
Bagi menghalau penjajah keparat.

Bertahun-tahun tuan berjuang,
Menegakkan keadilan di bumi Pahang,
Untuk anak-anak yang akan datang,
Agar hidup senang dan lapang.

Tidak terbalas jasamu tuan,
Walaupun emas dilimpahkan,
Hanya doa yang kami pohonkan,
Rohmu bahagia di sisi Tuhan.

(SUMBER DIPETIK DARI BUKU TEKS B.MELAYU TAHUN 6)

Wednesday, 26 October 2011

Mari mengenal puisi

    `Jasamu Oh Guru`

Guru,
Baktimu sungguh mulia,
mendidik anak bangsa
Tidak pernah menghitung jasa,
Tidak mengenal jerih payah pergorbanan,
Tidak memilih rupa keturunan.

Guru,
Dikau persis dian,
Sanggup terbakar demi menerangi kegelapan,
Kesabaranmu mengharungi,
Detik-detik kedewasaan anak didikmu,
Cukup menguji kesabaran,
Menguji ketabahan.

Guru,
Terima kasih atas bakti murnimu,
Mengajar ,,membaca,menulis ,,mengira
Membentuk santun pekerti mulia,
Mendidik membimbing penuh mesra,
Mengalir rasa hormat dan bangga,
Keranamu guru,
Melakar negara bangsa dikagumi dunia.

Kosa kata;
  1. bakti - khidmat
  2. jerih-susah
  3. persis-serupa/seperti
  4. detik-masa
  5. ketabahan-kecekalan
  6. santun-kesopanan
  7. pekerti-perangai
  8. melakar-membentuk

PANTUN BUDI 2

PANTUN BUDI (2)
Banyak padi perkara padi,
Padi yang mana ditanam orang;
Banyak budi perkara budi,
Budi yang mana dikenang orang.

Tinggi bukit gilang-gemilang.
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.

Burung serindit terbang melayang,
Terbang hinggap di pohon nangka;
Bukan ringgit dipandang orang,
Orang memandang budi bahasa.

Limau manis dimakan manis,
Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Manis sekali hati budinya.

Pokok limau buahnya jadi,
Sayang tidak boleh dimakan;
Hidup didunia lawannya mati,
Budi juga yang ditinggalkan.