Wednesday 7 December 2011

Penanda WacanaSatu lagi perkongsian yang telah saya buat. Diharap dapat membantu guru-guru.  
View more presentations from cikgunis

Tuesday 6 December 2011

Penjodoh bilanganSemoga slaid ini dapat membantu guru meningkatkan lagi pengetahuan  murid pada topik penjodoh bilangan . 
View more presentations from cikgunis
PolisemiAdalah sesuatu yang agak sukar difahami oleh murid. Diharap slaid ini dapat membantu. 
View more presentations from cikgunis

Terima Kasih Guruku

Video ini menceritakan bagaimana besarnya peranan seorang guru dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada muridnya...
            Guruku tersayang..guru tercinta...
             tanpamu apa jadinya aku...
             tak bisa baca tulis
             mengerti banyak hal...
             guruku terima kasihku...

Saturday 3 December 2011

 SELOKA

  • Seloka ialah puisi tradisional Melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama ataupun tidak. 
  • Antara ciri seloka adalah mengejek, menyindir secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun sekelompok masyarakat.
  •  seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka.
  •  Kata seloka berasal dari bahasa Sanskrit iaitu ‘Sloka’. 
  • Seloka kebiasaannya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.
Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk.

Gurindam 
  • merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam.
  • Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme).
  •  Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea.

  • Bentuk yang tidak terikat dan tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.

 Gurindam Nasihat

Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.

Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.

Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat onar.

SYAIR

CIRI-CIRI SYAIR

  • Tiada pembayang maksud.
  • semua baris merupakan maksud syair.
  • bunyi hujung setiap baris adalah sama.
  • setiap baris  biasanya mempunyai antara 10 hingga 12 suku kata.

"PERJUANGAN MENEBUS KEDAULATAN"

Dengarlah tuan saya bercerita,
Datuk Bahaman yang kita cinta,
Mengorbankan diri dan juga harta,
Bagi melihat peribumi bertakhta.

Duka nestapa tidak terkira,
Melihat pusara sanak-saudara,
Penjajah durjana punya angkara,
Tanpa sedikit sifat manusia.

Di hati tuan telah terpahat,
Hendak digembleng segala kudrat,
Segala senjata terus diangkat,
Bagi menghalau penjajah keparat.

Bertahun-tahun tuan berjuang,
Menegakkan keadilan di bumi Pahang,
Untuk anak-anak yang akan datang,
Agar hidup senang dan lapang.

Tidak terbalas jasamu tuan,
Walaupun emas dilimpahkan,
Hanya doa yang kami pohonkan,
Rohmu bahagia di sisi Tuhan.

(SUMBER DIPETIK DARI BUKU TEKS B.MELAYU TAHUN 6)

Thursday 1 December 2011

Musim cuti sekolah...

Cuti sekolah bermula bermakna tak perlulah pergi ke sekolah ikut jadual rutin.Untuk sementara waktu tak perlulah terkejar-kejar untuk punch-card.Kata orang jadi cikgu ni seronok.Kerja separuh hari,cuti sekolah hujung tahunpun bergaji penuh, boleh cuti sakan...Kenduri-kendarapun banyak dapat jemputan.Boleh kata saban minggu dapat makan nasi minyak...Dah itu dinamakan rezeki..Betul ke  jadi cikgu  banyak cuti??Dah murid bercuti,cikgupun boleh le bercuti .... dari mengajar.Boleh rancang untuk cuti  sana-sini..Itulah pandangan orang di luar sana.Tetapi...bebanan kerja cikgu dulu dan sekarang banyak bezanya.Namun tujuannya masih tetap sama ,ingin mendidik anak bangsa.Walau apapun tanggapan ,peranan guru semakin mencabar.Untuk semua guru diucapkan selamat bercuti.

 Peribahasa

*Peribahasa ialah susunan kata-kata yang dipilih khas.
*Peribahasa mengandungi makna tersurat dan yang tersirat
*kompenan peribahasa ialah

  • Simpulan bahasa
  • perumpamaan
  • pepatah
  • bidalan

Lengkapkan Peribahasa

1.Seperti ____________dicucuk ___________
    Maksud     : Orang yang selalu menurut kemahuan orang lain

2. Tak lapuk dek _______,tak lekang dek ________
     Maksud     : Adat yang tidak berubah;sesuatu yang tetap utuh

3.Bagai _________terhempas batu
    Maksud     : Sangat sedih atau kecewa

4._________air kerana pembetung,bulat manusia kerana ________.
   Maksud     : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

5.Bagai __________ dengan ____________.
   Maksud     : Hubungan yang rapat dan saling membantu

6.Berat sama  __________,ringan sama ___________
   Maksud     : Mengalami susah senang bersama-sama.

7.Bara yang digenggam biar sampai jadi __________
   Maksud     : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar,sehingga mencapai kejayaan

8.Hujan ___________ dinegeri orang,hujan _________di negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri.
   Maksud     : Walau bagaimanapun kelebihan di negeri orang,tetapi negeri sendiri lebih baik lagi.

9.Melentur  __________ biarlah dari __________.
   Maksud     : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

10.Duduk sama ____________,berdiri sama ________
    Maksud     : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat.

* Boleh dijadikan sebagai lembaran kerja,kuiz atau aktiviti kelab dan persatuan.Pasti  murid-murid seronok....!!!