Wednesday 7 December 2011

Penanda WacanaSatu lagi perkongsian yang telah saya buat. Diharap dapat membantu guru-guru.  
View more presentations from cikgunis

Tuesday 6 December 2011

Penjodoh bilanganSemoga slaid ini dapat membantu guru meningkatkan lagi pengetahuan  murid pada topik penjodoh bilangan . 
View more presentations from cikgunis
PolisemiAdalah sesuatu yang agak sukar difahami oleh murid. Diharap slaid ini dapat membantu. 
View more presentations from cikgunis

Terima Kasih Guruku

Video ini menceritakan bagaimana besarnya peranan seorang guru dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada muridnya...
            Guruku tersayang..guru tercinta...
             tanpamu apa jadinya aku...
             tak bisa baca tulis
             mengerti banyak hal...
             guruku terima kasihku...

Saturday 3 December 2011

 SELOKA

  • Seloka ialah puisi tradisional Melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama ataupun tidak. 
  • Antara ciri seloka adalah mengejek, menyindir secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun sekelompok masyarakat.
  •  seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka.
  •  Kata seloka berasal dari bahasa Sanskrit iaitu ‘Sloka’. 
  • Seloka kebiasaannya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.
Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk.

Gurindam 
  • merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam.
  • Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme).
  •  Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea.

  • Bentuk yang tidak terikat dan tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.

 Gurindam Nasihat

Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.

Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.

Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat onar.

SYAIR

CIRI-CIRI SYAIR

  • Tiada pembayang maksud.
  • semua baris merupakan maksud syair.
  • bunyi hujung setiap baris adalah sama.
  • setiap baris  biasanya mempunyai antara 10 hingga 12 suku kata.

"PERJUANGAN MENEBUS KEDAULATAN"

Dengarlah tuan saya bercerita,
Datuk Bahaman yang kita cinta,
Mengorbankan diri dan juga harta,
Bagi melihat peribumi bertakhta.

Duka nestapa tidak terkira,
Melihat pusara sanak-saudara,
Penjajah durjana punya angkara,
Tanpa sedikit sifat manusia.

Di hati tuan telah terpahat,
Hendak digembleng segala kudrat,
Segala senjata terus diangkat,
Bagi menghalau penjajah keparat.

Bertahun-tahun tuan berjuang,
Menegakkan keadilan di bumi Pahang,
Untuk anak-anak yang akan datang,
Agar hidup senang dan lapang.

Tidak terbalas jasamu tuan,
Walaupun emas dilimpahkan,
Hanya doa yang kami pohonkan,
Rohmu bahagia di sisi Tuhan.

(SUMBER DIPETIK DARI BUKU TEKS B.MELAYU TAHUN 6)

Thursday 1 December 2011

Musim cuti sekolah...

Cuti sekolah bermula bermakna tak perlulah pergi ke sekolah ikut jadual rutin.Untuk sementara waktu tak perlulah terkejar-kejar untuk punch-card.Kata orang jadi cikgu ni seronok.Kerja separuh hari,cuti sekolah hujung tahunpun bergaji penuh, boleh cuti sakan...Kenduri-kendarapun banyak dapat jemputan.Boleh kata saban minggu dapat makan nasi minyak...Dah itu dinamakan rezeki..Betul ke  jadi cikgu  banyak cuti??Dah murid bercuti,cikgupun boleh le bercuti .... dari mengajar.Boleh rancang untuk cuti  sana-sini..Itulah pandangan orang di luar sana.Tetapi...bebanan kerja cikgu dulu dan sekarang banyak bezanya.Namun tujuannya masih tetap sama ,ingin mendidik anak bangsa.Walau apapun tanggapan ,peranan guru semakin mencabar.Untuk semua guru diucapkan selamat bercuti.

 Peribahasa

*Peribahasa ialah susunan kata-kata yang dipilih khas.
*Peribahasa mengandungi makna tersurat dan yang tersirat
*kompenan peribahasa ialah

  • Simpulan bahasa
  • perumpamaan
  • pepatah
  • bidalan

Lengkapkan Peribahasa

1.Seperti ____________dicucuk ___________
    Maksud     : Orang yang selalu menurut kemahuan orang lain

2. Tak lapuk dek _______,tak lekang dek ________
     Maksud     : Adat yang tidak berubah;sesuatu yang tetap utuh

3.Bagai _________terhempas batu
    Maksud     : Sangat sedih atau kecewa

4._________air kerana pembetung,bulat manusia kerana ________.
   Maksud     : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

5.Bagai __________ dengan ____________.
   Maksud     : Hubungan yang rapat dan saling membantu

6.Berat sama  __________,ringan sama ___________
   Maksud     : Mengalami susah senang bersama-sama.

7.Bara yang digenggam biar sampai jadi __________
   Maksud     : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar,sehingga mencapai kejayaan

8.Hujan ___________ dinegeri orang,hujan _________di negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri.
   Maksud     : Walau bagaimanapun kelebihan di negeri orang,tetapi negeri sendiri lebih baik lagi.

9.Melentur  __________ biarlah dari __________.
   Maksud     : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

10.Duduk sama ____________,berdiri sama ________
    Maksud     : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat.

* Boleh dijadikan sebagai lembaran kerja,kuiz atau aktiviti kelab dan persatuan.Pasti  murid-murid seronok....!!!

Permainan Bahasa

Marilah kita cuba mencari perkataan-perkataan yang jawapannya berakhir 

dengan SAT,SIT,SUT

Jangan lupa rujuk kepada Kamus Dewan untuk jawapan yang tepat.

1.Lawan bagi perkataan licin ialah ______SAT
2._______SIT adalah antara jenis hantu,jin dan jembalang serta makhluk halus.

3.Adik mencuci _______SUT sekolahnya yang kotor akibat terpijak becak di padang tadi.

4.Satu titik yang terletak di tengah-tengah tubuh manusia ialah _______SAT.

5.Sejenis hidupan yang hidupnya bergantung kepada perumah untuk mendapatkan makanan 

   dan perlindungan hingga menyebabkan kerosakan kepada perumah tersebut di gelar 

    ________SIT.

6.Rambut Batrisyia _________SUT kerana tidak bersikat sejak empat hari lalu.

7.Terkejut sungguh wanita itu apabila mendengar kata-kata ______SAT daripada mulut 

   anaknya.

8.Perkataan yang sama ertinya dengan kecut ialah ______SIT.

9.Lelaki itu ditahan polis apabila meng_______SUT orang ramai supaya mencabar undang-

   undang. 

10.Buah ______SAT lebih kurang sama saiznya dengan buah dokong.

Selamat mencuba!

PERASAAN DAN UCAPAN?

Benci?Tidak.
Takut?Tidak.
Bosan?Juga tidak.
Jadinya apa?

Sayang?Ya!Teramat!
Hormat?Ya!Sudah tentu!
Teruja?Ya!Sangat mengujakan.
Tetapi untuk siapa?

Pendaki gunung?
Pereka fesyen?
Pegawai polis?
Ahli bomba?
Pemuzik?

Tidak.Tidak.Dan tidak.

Guru?
Cikgu?
Pengajar?
Pendidik?
Pensyarah?
Ya,seratus peratus ya!
Terima kasih dari hati buatmu.
Dikau permulaan buat semuanya.
SAYA TIDAK BUAT!
 
Seorang kanak-kanak perempuan baru pulang dari sekolah.Matanya merah kerana dia baru lepas menangis.Ibunya yang sedang mengemas dapur terperanjat melihat anaknya lalu bertanya "Fatin ,mengapa mata kamu merah? Kamu menangis?"Ibu itu merapati anaknya.
Anaknya hanya mengangguk."Mengapa kamu menangis?"Ibu itu bertanya lagi.
"Saya dimarahi cikgu atas perkara yang saya tidak buat.Betul ibu,saya tidak buat perkara itu"Si anak bersungguh-sungguh menerangkan.
"Itu tidak sepatutnya berlaku.Sekiranya kamu tidak buat,mengapa pula kamu dimarahi?
Tetapi..."Ibu itu terhenti seketika."Apa yang kamu tidak buat?
Dengan selamba si anak menjawab ,"kerja rumah"
Orang kata....Saya kata

Orang kata cikgu garang,
Saya kata cikgu marah kerana sayang.

Orang kata cikgu bengis,
Saya kata demi kebaikan cikgu bertegas.

Orang kata cikgu baik,
Saya kata bukan baik tetapi sangat baik.

Orang kata cikgu macam bagus,
Saya kata murid yang bagus hasil didikan guru yang bagus.

Orang kata cikgu dibayar gaji,
Saya kata budi cikgu tidak ternilai oleh gaji.

Orang kata cikgu akan dilupakan,
Saya kata doa untuk cikgu kekal sepanjang zaman.